Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekurang-kurangnya 5 maut akibat taufan 'ganas' Florence di Amerika

Lima orang dilaporkan maut akibat taufan Florence di Amerika Syarikat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Sep 2018 11:06PM Dikemas Kini : 15 Sep 2018 11:12PM

NORTH CAROLINA: Lima orang dilaporkan maut akibat taufan Florence di Amerika Syarikat.

Taufan Florence memukul kawasan pesisir Carolina lewat Jumaat (15 Sep), menumbangkan pokok, dengan air sungai melimpah dan menurunkan hujan lebat.

Di Wilmington di North Carolina, seorang ibu dan bayinya maut akibat dihempap pokok yang tumbang ke dalam rumah mereka. Bapa bayi itu juga mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital.

Meskipun kekuatan taufan Florence diturunkan kepada ribut tropika, Pusat Taufan Nasional Amerika memberi amaran bahawa ribut tersebut tetap mengancam nyawa dan ia boleh menyebabkan gelombang kuat dan banjir besar.

Perkhidmatan Cuaca Nasional pula menyatakan bahawa hampir keseluruhan negeri itu boleh ditenggelami air setinggi beberapa meter.

Malah, berjuta-juta penduduk juga dijangka terputus bekalan tenaga. Ribut tersebut kini menghala ke barat daya dengan tiupan angin sekuat lebih 100 kilometer sejam. 

Sumber : AFP/Reuters/MM/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan