Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sekurang-kurangnya 10 orang maut dalam banjir, tanah runtuh di Indonesia

Sekurang-kurangnya 10 orang terkorban manakala ramai lagi dilaporkan hilang selepas hujan lebat mencetuskan banjir kilat dan kejadian tanah runtuh di bahagian barat Indonesia, menurut seorang pegawai pada Sabtu (13 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Oct 2018 02:09PM Dikemas Kini : 14 Oct 2018 12:11AM

INDONESIA: Sekurang-kurangnya 10 orang terkorban manakala ramai lagi dilaporkan hilang selepas hujan lebat mencetuskan banjir kilat dan kejadian tanah runtuh di bahagian barat Indonesia, menurut seorang pegawai pada Sabtu (13 Okt).

Hujan lebat sejak Rabu lalu (10 Okt) mencetuskan banjir dan kejadian tanah runtuh yang melanda sekitar 24 kawasan perkampungan di daerah Mandailing Natal di wilayah Sumatera Utara.

Sekurang-kurangnya 10 orang disahkan terkorban manakala 10 yang lain dilaporkan hilang di sebuah asrama pesantren yang tertimbus akibat tanah runtuh, kata ketua agensi bencana Sumatera Utara, Riadil Lubis.

"Agensi bencana serta mencari dan menyelamat sudah dikerahkan ke daerah itu namun kejadian tanah runtuh yang berlaku di beberapa kawasan menghambat usaha tersebut," kata Encik Riadil kepada agensi berita AFP.

Kejadian tanah runtuh dan banjir sering berlaku di Indonesia, yang mudah terdedah kepada bencana alam dan hujan lebat.  

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan