Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sehari sebelum Kate Spade dikebumikan, ayahnya meninggal dunia

Bapa kepada pereka fesyen Kate Spade meninggal dunia di kediamannya pada petang Rabu (20 Jun), sehari sebelum mayat anaknya itu dikebumikan.

Anggaran Waktu Membaca:
Sehari sebelum Kate Spade dikebumikan, ayahnya meninggal dunia

Gambar fail: REUTERS

Diterbitkan : 22 Jun 2018 07:35PM Dikemas Kini : 22 Jun 2018 07:36PM

REUTERS: Bapa kepada pereka fesyen Kate Spade meninggal dunia di kediamannya pada petang Rabu (20 Jun), sehari sebelum mayat anaknya itu dikebumikan.

Dalam satu kenyataan, keluarga Kate Spade mengesahkan Earl F.Brosnahan meninggal dunia kerana terlalu bersedih atas kematian anak perempuannya itu.

Brosnahan ditemani kesemua ahli keluarganya semasa menghembuskan nafas terakhirnya.

Lahir dan dibesarkan di Missouri, Brosnahan merupakan veteran tentera Amerika Syarikat (AS).

Mendiang kemudiannya mengambil alih perniagaan keluarga pada 1960 dan berkahwin dengan Theresa pada 1953.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan enam cahaya mata.

Kate yang dikenali dengan rekaan beg tangannya meninggal dunia akibat membunuh diri pada 5 Jun lalu.

Mayatnya ditemui di pangsapurinya di Park Avenue oleh pembantu rumahnya.

Majlis pengebumiannya diadakan semalam (21 Jun) di Kansas.

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan