Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sarjan SAF dipenjara 15 bulan lakukan seks dengan gadis 13 tahun

Seorang sarjan Angkatan Tentera Singapura (SAF) dijatuhi hukuman penjara 15 bulan pada Khamis (11 Jan)  kerana mengadakan hubungan seks dengan gadis  13 tahun yang ditemui di laman Facebook.

Anggaran Waktu Membaca:
Sarjan SAF dipenjara 15 bulan lakukan seks dengan gadis 13 tahun

Gambar fail. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 12 Jan 2018 03:33PM Dikemas Kini : 12 Jan 2018 03:38PM

SINGAPURA: Seorang sarjan Angkatan Tentera Singapura (SAF) dijatuhi hukuman penjara 15 bulan pada Khamis (11 Jan) kerana mengadakan hubungan seks dengan gadis 13 tahun yang ditemui di laman Facebook.

Tan Yong Jin mengaku bersalah melakukan dua kesalahan seksual terhadap individu bawah 14 tahun.

Tiga lagi tuduhan, termasuk meminta gambar bogel pelajar Menengah 2 itu, turut dipertimbangkan semasa dia dijatuhi hukuman.

Identiti remaja berkenaan tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah.

Pasangan itu bertemu melalui rangkaian sosial pada November 2016.

Mereka kemudiannya berjumpa dan bertukar-tukar kiriman mesej berbaur seksual.

Pada 8 Januari 2017, remaja itu menghubungi Tan dan memintanya bertemu di Clementi Mall untuk menonton wayang di pusat beli belah berhampiran.

Selepas filem itu selesai sekitar 3.30 petang, remaja itu mempelawa Tan ke rumahnya.

Pasangan itu kemudian melakukan seks di rumah budak itu di Kang Ching Road semasa ibu bapanya tiada di rumah, menurut Timbalan Pendakwa Raya Amanda Chong di mahkamah.

Ibu bapa remaja itu pulang ke rumah dan menyedari terdapat seseorang yang tidak dikenali di flat mereka. Ibu remaja itu langsung menghubungi polis.

Atas kesalahan mengadakan hubungan seks dengan individu bawah 14 tahun, Tan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan dirotan. 

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan