Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sanggup ugut bunuh ibu, gara-gara beli dadah

Polis menahan seorang lelaki yang bertindak mengacukan pisau dan mengugut mahu membunuh ibunya di Kampung Jeram di Kulim, Alor Setar pada Isnin (19 Nov) kerana wanita itu enggan memberikan wang kepada anaknya untuk membeli dadah.

Anggaran Waktu Membaca:
Sanggup ugut bunuh ibu, gara-gara beli dadah

Gambar hiasan. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 20 Nov 2018 09:33AM Dikemas Kini : 20 Nov 2018 09:35AM

ALOR SETAR: Polis menahan seorang lelaki yang bertindak mengacukan pisau dan mengugut mahu membunuh ibunya di Kampung Jeram di Kulim, Alor Setar pada Isnin (19 Nov) kerana wanita itu enggan memberikan wang kepada anaknya untuk membeli dadah.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintenden Ahmad Nasir Jaafar, berkata dalam kejadian yang berlaku pada pukul 7.00 pagi, suspek yang berusia 19 tahun ketika itu berada di rumah dan meminta wang daripada ibunya yang berusia 47 tahun, namun gagal mendapatkannya.

"Kemudian berlaku pertengkaran antara suspek dengan ibunya. Suspek yang tidak berpuas hati mengambil sebilah pisau dan mengugut ingin menikam ibunya selain menggunakan perkataan kasar hingga menyebabkan wanita itu ketakutan dan melarikan diri.

Ibunya yang bimbang dengan keselamatan dirinya membuat aduan polis di Balai Polis Sungai Karangan dan sebaik menerima laporan, polis menahan suspek di rumah pada pukul 10.45 pagi," menurut Encik Ahmad Nasir dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam (19 Nov).

Encik Ahmad Nasir berkata suspek akan direman hari ini (20 Nov) dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan