Images
  • samsung logo
    Logo Samsung. (Gambar fail: REUTERS/Andrew Kelly)

Samsung dedah Galaxy Note 9; dilengkapi S Pen dengan hubungan Bluetooth

AMERIKA SYARIKAT: Syarikat Samsung mendedahkan telefon bijak terbarunya, Galaxy Note 9, di New York, Amerika Syarikat.

Produk terbaru syarikat Korea Selatan itu diharap dapat mengatasi kelembapan penjualan telefon bijak S9 dan menghentikan kejatuhan kedudukannya dalam pasaran.

Diberi jolokan sebagai "telefon bijak paling berkuasa" Galaxy Note 9 dilengkapi S Pen dengan hubungan bluetooth.

Ia bermakna S Pen itu boleh digunakan untuk mengambil gambar, main video atau alat bagi mengawal 'powerpoint'.

Layar skrin telefon Note 9 juga lebih besar, tempoh hayat bateri lebih lama dan ada sofwe yang memberi amaran jika ada sesiapa yang mengelip mata. Turut diumumkan, jam Galaxy Watch yang baru. 

- CNA/AA/hs

Top