Images
  • sultan ibrahim johor
    Sultan Ibrahim Iskandar.  (Gambar: Johor State Government)

Sambutan ulang tahun hari keputeraan Sultan Johor ditangguhkan

JOHOR BAHRU: Sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar pada 23 Mac ini ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata penangguhan itu bagaimanapun tidak menjejas hari cuti umum pada hari tersebut.

“Jumaah Majlis Diraja menjunjung titah Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar berkenaan  sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan rasmi baginda pada Jumaat, 23 Mac 2018 ditangguhkan kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

“Bagaimanapun, hari lepasan am pada 23 Mac dikekalkan,” kata beliau dalam kenyataan hari ini (13 Feb).


 

- BERNAMA/IM/sm

Komen Anda?

Top