Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Salad dijangkiti kuman e-coli, 22 orang masuk hospital

Sekurang-kurangnya 35 orang jatuh sakit setelah makan salad atau 'romaine lettuce' yang dijangkiti bakteria e-coli. Akibatnya, 22 daripada mereka dimasukkan ke hospital.

Anggaran Waktu Membaca:
Salad dijangkiti kuman e-coli, 22 orang masuk hospital

(Gambar: Peak Results Nutrition/ Facebook)

Diterbitkan : 15 Apr 2018 07:00PM Dikemas Kini : 15 Apr 2018 07:02PM

AMERIKA SYARIKAT: Sekurang-kurangnya 35 orang jatuh sakit setelah makan salad atau 'romaine lettuce' yang dijangkiti bakteria e-coli. Akibatnya, 22 daripada mereka dimasukkan ke hospital.

Para pegawai kesihatan berkata salad itu dihasilkan di wilayah Arizona, Amerika Syarikat. Namun, mereka belum dapat mengenal pasti penanam sayur atau pengedar produk itu.

Setakat ini, tiada kematian dilaporkan.

Bagaimanapun, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menasihati orang ramai supaya membuang salad yang dibeli di kedai sehingga siasatan mengenai kes itu selesai dijalankan.

Majoriti orang melaporkan sakit dalam masa seminggu selepas makan sayur-sayuran itu. Gejala-gejala jangkitan e-coli termasuk kejang perut, muntah-muntah dan darah dalam najis.

Kes-kes yang lebih teruk boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang dan sel darah merah. 

Sumber : CNA/NU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan