Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Sabotaj dalam kerajaan punca Jho Low lolos

Perbuatan sabotaj dalam kerajaan Malaysia adalah antara sebab negara itu menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti dengan tepat dan memberkas ahli perniagaan Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low, kata Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad pada Khamis (11 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Sabotaj dalam kerajaan punca Jho Low lolos

Ahli perniagaan Malaysia, Jho Low. (Gambar: Jho Low/Facebook)

Diterbitkan : 12 Oct 2018 11:10AM Dikemas Kini : 12 Oct 2018 11:11AM

BALI: Perbuatan sabotaj dalam kerajaan Malaysia adalah antara sebab negara itu menghadapi kesukaran untuk mengenal pasti dengan tepat dan memberkas ahli perniagaan Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low, kata Perdana Menteri Malaysia Dr Mahathir Mohamad pada Khamis (11 Okt).

Dr Mahathir berkata beliau percaya itulah punca Jho Low dapat mengelakkan diri daripada ditahan.

"Saya rasa dia bersembunyi di tempat tertentu," kata beliau ketika ditanya sama ada terdapat sabotaj dalam kerajaan negara dengan cara membocorkan maklumat.

"(Tun) Daim (Zainuddin) kata ada orang yang beritahu dia (Jho Low). Ada masanya dia berada di Hong Kong, (tetapi) apabila kami sampai di Hong Kong, dia sudah pun terbang ke tempat lain," kata Dr Mahathir kepada agensi berita Bernama dan RTM di akhir Perhimpunan Pemimpin ASEAN di Bali pada Khamis (11 Okt).

Encik Daim adalah Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), yang terdiri daripada lima anggota.

Perhimpunan Pemimpin ASEAN itu diadakan di luar Mesyuarat Tahunan Tabung Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia, bertemakan "Mencapai Matlamat Pembangunan Mampan dan Menangani Jurang Pembangunan Menerusi Tindakan Kerjasama Serantau dan Global”.

Malaysia sedang memburu Jho Low bagi membantu siasatan 1Malaysia Development Bhd (1MDB). 

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan