Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

S'pura tentang sebarang percubaan mengancam kebebasan mengemudi: Vivian Balakrishnan

Dr Balakrishnan berkata bahawa kebergantungan antara satu sama lain hanya akan memberi manfaat kepada ekonomi di rantau ini dan membawa kegemilangan kepada rantau Indo-Pasifik.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura tentang sebarang percubaan mengancam kebebasan mengemudi: Vivian Balakrishnan

Menteri Ehwal Luar India, Sushma Swaraj (kanan) dan Menteri Ehwal Luar Singapura, Vivian Balakrishnan. (Gambar: Money Sharma/AFP)

Diterbitkan : 20 Jul 2018 08:46AM Dikemas Kini : 20 Jul 2018 08:53AM

NEW DELHI: Sebuah sistem berdasarkan peraturan yang adil, telus dan setara diperlukan di rantau Indo-Pasifik. Demikian menurut Menteri Ehwal Luar Singapura, Vivian Balakrishnan dalam ucapan sulungnya di Dialog Delhi ke-10 di ibu kota India itu pada hari Khamis (19 Jul).

Selaras dengan tema dialog "Memperkukuhkan Keselamatan Maritim antara India dan ASEAN", Dr Balakrishnan menekankan, adalah penting untuk Singapura menentang sebarang percubaan yang mengancam kebebasan mengemudi di perairan antarabangsa.

"Sudah tentunya undang-undang antarabangsa yang paling penting dalam hal ini adalah UNCLOS - Konvensyen Undang-undang Laut dari PBB," katanya.

"UNCLOS adalah kritikal bagi kita untuk melindungi penggunaan laut untuk melakukan pengemudian secara bebas dan kebebasan perdagangan yang sah."

Beliau menambah: "Dan inilah sebab Singapura juga akan menentang sebarang percubaan oleh sesiapa sahaja, untuk mengancam atau menyekat kebebasan pengemudian dan penerbangan melintasi perairan di rantau ini dan sekelilingnya. Hak-hak ini termaktub di bawah UNCLOS."

Mengenai Perkongsian Kerjasama Ekonomi Serantau, Dr Balakrishnan berkata perjanjian perdagangan muktamad adalah penting memandangkan semakin banyak negara mengamalkan dasar perlindungan.

Beliau menggesa negara-negara ASEAN dan India bergerak pantas untuk memeterai perjanjian perdagangan tersebut.

Dr Balakrishnan berkata bahawa kebergantungan antara satu sama lain hanya akan memberi manfaat kepada ekonomi di rantau ini dan membawa kegemilangan kepada rantau Indo-Pasifik.

"Kita perlu menyingkirkan halangan perdagangan barangan, khidmat-khidmat dan idea-idea. Dan itulah sebabnya, pada masa ini apabila ada negara-negara maju di dunia yang menarik balik kebebasan perdagangan, adalah lebih penting bagi India dan ASEAN untuk menggandakan usaha melaksanakan perdagangan bebas," katanya.

India merupakan tuan rumah bagi Dialog Delhi yang ke-10, satu acara tahunan untuk membincangkan hal ehwal keamanan politik, ekonomi dan sosio-budaya antara India dan ASEAN.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan