Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S'pura gesa ASEAN rundingkan perjanjian dagang yang berkali-kali belum selesai

Singapura menyeru negara-negara yang sedang merundingkan perjanjian dagangan 16 negara untuk meneruskan perbincangan kerana ia akan membawa faedah yang ketara.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Nov 2017 07:49PM Dikemas Kini : 14 Nov 2017 11:12PM

MANILA: Singapura menyeru negara-negara yang sedang merundingkan perjanjian dagangan 16 negara untuk meneruskan perbincangan kerana ia akan membawa faedah yang ketara.

Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau atau RCEP merangkumi kesemua 10 negara anggota ASEAN dan rakan-rakan kongsi termasuk China dan India.

Singapura sebagai Pengerusi ASEAN tahun depan kekal komited terhadap isu tersebut.

Perjanjian dagangan bebas RCEP mengambil masa lima tahun tetapi rundingan mengenainya tidak begitu lancar seperti yang diharapkan.

Dalam mesyuarat pemimpin RCEP di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke 31 di Manila,
Perdana Menteri Lee Hsien Loong menarik perhatian, perjanjian itu sepatutnya diselesaikan tiga kali sebelum ini.

Sebaliknya, lebih banyak lagi yang perlu dilakukan.

Menurut PM Lee, cabaran-cabaran untuk mencapai perjanjian tersebut kekal rumit, dengan setiap pihak mempunyai masalah tersendiri.

Terdapat juga halangan perdagangan antara negara masing-masing.

Namun, faedah yang bakal diraih akan memudahkan perdagangan antara 16 negara dan menyumbang kepada sepertiga daripada Hasil Kasar Dalam Negeri (GDP) dunia.

Menurut PM Lee setiap negara perlu realistik dan mencari jalan keluar.

Sebagai bakal pengerusi ASEAN, Singapura akan menggalakkan rundingan diteruskan dengan usaha maksimum. 

Sumber : CNA/NU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan