Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rusia siasat kes pelancaran roket yang gagal

Rusia mula menjalankan siasatan jenayah berkaitan kegagalan pelancaran roket ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.

Anggaran Waktu Membaca:
Rusia siasat kes pelancaran roket yang gagal

Kerosakan pada roket pelancar menyebabkan penerbangannya terpaksa dibatalkan hanya beberapa minit setelah ia berlepas. (Gambar: Kirill Kudryavtsev/AFP)

Diterbitkan : 12 Oct 2018 08:49PM Dikemas Kini : 12 Oct 2018 08:51PM

MOSCOW: Rusia mula menjalankan siasatan jenayah berkaitan kegagalan pelancaran roket ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa.

Roket itu membawa kapal angkasa Soyuz bersama dua orang angkasawan: Aleksey Ovchinin dari Rusia dan Nick Hague dari Amerika Syarikat.

Kerosakan pada roket pelancar menyebabkan penerbangannya terpaksa dibatalkan hanya beberapa minit setelah ia berlepas. Kedua-dua angkasawan dalam roket tersebut terselamat setelah melakukan pendaratan cemas.

Ia merupakan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku dalam industri Rusia itu. Berikutan kejadian itu, Rusia menggantung semua pelancaran roketnya yang membawa manusia.

Namun, AFP melaporkan Aleksey dan Nick Hague akan tetap menjalankan satu misi pada tahun depan. Kedua-duanya sudah kembali ke pusat latihan di luar Moscow selepas insiden itu.  

Sumber : AFP/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan