Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rundingan tiga pihak pertama diadakan dalam usaha pastikan sempadan Korea bebas senjata

Dua negara Korea dan Markas Tentera PBB mengadakan rundingan tertutup pagi tadi (16 Okt). Rundingan itu bertujuan menjadikan Kawasan Keselamatan Bersama (JSA), bebas senjata.

Anggaran Waktu Membaca:
Rundingan tiga pihak pertama diadakan dalam usaha pastikan sempadan Korea bebas senjata

Seorang lelaki menggantung bendera di jalan dekat Rumah Damai. (Gambar fail: Kim Hong-Ji/Reuters)

Diterbitkan : 16 Oct 2018 04:39PM Dikemas Kini : 16 Oct 2018 04:44PM

SEOUL: Dua negara Korea dan Markas Tentera PBB mengadakan rundingan tertutup pagi tadi (16 Okt). Rundingan itu bertujuan menjadikan Kawasan Keselamatan Bersama (JSA), bebas senjata.

Ia sejajar dengan persetujuan yang dicapai dalam sidang puncak antara Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in dengan pemimpin Korea Utara, Kim Kong-un pada bulan lalu.

Terletak di Zon Bebas Tentera di sempadan antara dua negara Korea, JSA ditubuhkan sejurus selepas tamat Perang Korea pada tahun-tahun 1950-an.

Perang itu berakhir tanpa perjanjian damai, hanya gencatan senjata. Markas PBB mempunyai kuasa ke atas JSA.

Pertemuan tiga pihak pagi tadi (16 Okt) menyemak operasi 20 hari untuk membersihkan kawasan JSA daripada jerangkap-jerangkap samar.

Langkah-langkah lain yang dibincang termasuk pengunduran tentera dan senjata api dari pos-pos pengawal di JSA.

Rakyat Korea dan para pelancong asing pula mungkin dibenarkan menyeberangi garisan pemisah tentera itu pada waktu pejabat.

Sumber : Reuters/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan