Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rundingan damai tiga pihak diadakan di Myanmar

Pemerintah Myanmar akan mengadakan rundingan damai dengan 10 pertubuhan etnik dan pihak tentera untuk membincangkan isu-isu yang belum terhurai.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Oct 2018 05:19PM Dikemas Kini : 16 Oct 2018 12:30AM

NAY PYI TAW: Pemerintah Myanmar akan mengadakan rundingan damai dengan 10 pertubuhan etnik dan pihak tentera untuk membincangkan isu-isu yang belum terhurai.

Rundingan dijangka berlangsung selama empat hari dengan memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh perjanjian gencatan senjata.

Pertemuan awal diadakan pada hujung minggu mengenai isu-isu berkaitan prinsip-prinsip demokrasi dan hak menentukan sendiri masa depan sesebuah kumpulan.

Jangkaan adalah tinggi bagi kejayaan sidang tersebut kerana ia merupakan rundingan tiga pihak yang pertama.

Rundingan dijangka juga menyentuh isu Rakhine memandangkan terdapat tekanan antarabangsa terhadap pemerintah Myanmar.

Bagaimanapun seorang anggota Suruhanjaya Perdamaian ditukil sebagai berkata isu Rakhine dan Rohingya tiada dalam agenda perbincangan. 

Sumber : Bernama/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan