Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Roket dilancarkan bagi bantu misi satelit Amerika

Sebuah roket dilancarkan dari Florida, Amerika Syarikat semalam (14 Apr) untuk menjalankan misi satelit bagi tentera udara Amerika.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 15 Apr 2018 09:39PM Dikemas Kini : 15 Apr 2018 09:46PM

FLORIDA: Sebuah roket dilancarkan dari Florida, Amerika Syarikat semalam (14 Apr) untuk menjalankan misi satelit bagi tentera udara Amerika.

Roket ini membawa peralatan sokongan perhubungan tentera dan bahan eksperimen lain. Satelitnya akan berfungsi sebagai penyampai perhubungan untuk para pegawai kanan tentera.

Pelancaran roket ini dari Cape Canaveral menarik perhatian para pelancong yang berkumpul di sepanjang pantai untuk menyaksikannya.

Ini merupakan kali ke-77, roket Atlas 5 berjaya dilancarkan sejak pelancaran sulungnya pada 2002. 

Sumber : CNA/NU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan