Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rohingya bimbang tidak cukup bekalan makanan jelang Ramadan

Bagi pelarian Islam Rohingya yang kini berlindung di kem-kem sementara di Bangladesh, ketibaan bulan Ramadan, dinantikan dengan penuh resah.

Anggaran Waktu Membaca:
Rohingya bimbang tidak cukup bekalan makanan jelang Ramadan
Diterbitkan : 15 May 2018 08:47PM Dikemas Kini : 15 May 2018 08:49PM

BANGLADESH: Bagi pelarian Islam Rohingya yang kini berlindung di kem-kem sementara di Bangladesh, ketibaan bulan Ramadan, dinantikan dengan penuh resah.

Dengan kesempitan hidup yang dialami sekarang, mereka bimbang jika tidak ada cukup bekalan makanan untuk para pelarian ini terutama bagi kanak-kanak kecil.

Buat masa ini, mereka bergantung hidup kepada bantuan yang dihulurkan oleh agensi-agensi antarabangsa.

Duta Amerika Syarikat Nikki Haley hari ini (15 Mei) menggesa Majlis Keselamatan PBB untuk segera mengambil tindakan bagi menangani krisis Rohingya, yang menyaksikan lebih 700,000 pelarian yang melarikan dirik dari Wilayah Rakhine, Myanmar ke Bangladesh sejak Ogos lalu.

"Pelibatan aktif Majlis Keselamatan memainkan peranan penting bagi memastikan krisis ini berakhir," kata Cik Haley. 

Sumber : AFP/MM/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan