Images
  • philippines storm
    Seramai empat orang mati apabila ribut tropika Sanba melanda wilayah Surigao del Sur, di bahagian timur pulau Mindanao hari ini (13 Feb). (Gambar: ERWIN MASCARINAS/AFP)

Ribut Sanba landa Filipina, ragut 4 nyawa

SURIGAO DEL SUR, FILIPINA: Seramai empat orang mati apabila ribut tropika Sanba melanda wilayah Surigao del Sur, di bahagian timur pulau Mindanao hari ini (13 Feb).

Sekencang 75 kilometer sejam, Sanba menyebabkan hujan lebat dan beberapa kejadian tanah runtuh yang menjejas kampung-kampung di kawasan kaki gunung di pinggir bandar perlombongan Carrascal.

Kesemua empat mangsa yang mati adalah kerana tertimbus tanah runtuh.

Kira-kira 2,700 penumpang feri pula terkandas di tiga pelabuhan.

Pihak berkuasa meramalkan ribut tropika Sanba akan bergerak pantas ke arah timur laut sepanjang hari ini dan esok (14 Feb), menyebabkan hujan di merata bahagian tengah Filipina.

- AFP/MU/sm

Top