Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rex Tillerson beri amaran mengenai kelakuan Rusia yang "merisaukan"

Mantan Setiausaha Negara Amerika, Rex Tillerson memberi amaran tentang "kelakuan dan tindak-tanduk Rusia yang merisaukan".

Anggaran Waktu Membaca:
Rex Tillerson beri amaran mengenai kelakuan Rusia yang "merisaukan"

Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Rex Tillerson berucap di sidang media selepas mesyuarat dengan Presiden Djibouti di Istana Presiden pada 9 Mac. (Gambar: JONATHAN ERNST / POOL / AFP)

Diterbitkan : 14 Mar 2018 07:22PM Dikemas Kini : 14 Mar 2018 07:23PM

WASHINGTON: Mantan Setiausaha Negara Amerika, Rex Tillerson memberi amaran tentang "kelakuan dan tindak-tanduk Rusia yang merisaukan".

Beliau mengeluarkan kenyataan itu beberapa jam selepas Encik Trump memecatnya melalui Twitter.

"Rusia mesti menilai dengan teliti tentang tindakannya, demi kepentingan rakyat Rusia sendiri dan juga dunia pada keseluruhannya. Jika ia meneruskan haluannya sekarang, ia kemungkinan membawa kepada pemencilan yang lebih buruk," kata Encik Tillerson.

Dalam ucapannya itu, Encik Tillerson tidak langsung mengucapkan terima kasih kepada Encik Trump atau memuji dasar-dasarnya.

Encik Tillerson dan Encik Trump dipercayai bertikai mengenai beberapa dasar penting termasuk perjanjian dengan Iran yang dianggap Trump sebagai "teruk sekali."

Presiden Trump sudahpun menamakan Pengarah Agensi Risik Pusat CIA Mike Pompeo untuk menggantikan Encik Tillerson. Encik Pompeo dikenali mempunyai pendirian yang tegar terhadap Rusia dan pengkritik kuat perjanjian nuklear dengan Iran.

Seorang pegawai kanan Rumah Putih berkata, Encik Trump mahu merombak pasukannya sebelum memulakan rundingan dengan Korea Utara.Mantan Setiausaha Negara Amerika, Rex Tillerson memberi amaran tentang "kelakuan dan tindak-tanduk Rusia yang merisaukan". 

Sumber : Agensi berita/MM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan