Images
  • palestin
    Gambar: MOHAMMED ABED / AFP

Remaja Palestin berusia 17 tahun ditembak mati tentera Israel

PALESTIN: Seorang remaja Palestin berusia 17 tahun ditembak mati oleh tentera Israel yang menjalankan operasi serbuan di kawasan yang ditaklukinya di Tebing Barat. Demikian menurut kementerian kesihatan, sedang anggota tentera memburu seorang warga Palestin yang membunuh dua askar Israel sehari sebelumnya.

Tentera Israel juga menyatakan sudah memberkas seramai 40 warga Palestin, kebanyakan mereka mempunyai kaitan dengan kumpulan Hamas, termasuk anggota parlimen.

Bagaimanapun menurut Hamas sendiri pada Jumaat (14 Dis), seramai 70 anggota Hamas sudah diberkas minggu ini, termasuk sekitar 40 orang semalaman.

Berhubung kematian remaja Palestin itu, kementerian mendedahkan bahawa remaja yang dibunuh pada Jumaat (14 Dis) itu ialah Mahmoud Nakhla, yang meninggal dunia akibat ditembak di bahagian perut berdekatan kem pelarian Jalazone di pusat Tebing Barat itu.

Bagaimanapun, tentera Israel tidak mengulas serta merta mengenai pembunuhan itu, yang berlaku sedang para tentera bertempur dengan para penunjuk perasaan di beberapa lokasi.

Pasukan tentera sekali lagi memasuki kawasan kejiranan Al-Bireh di bandar Tebing Barat, Ramallah di mana mereka melaksanakan serbuan-serbuan pada Khamis (13 Dis), menurut seorang wartawan AFP. Menurut para penduduk, pasukan tentera itu merampas kamera-kamera dari dua bangunan.

Pihak tentera itu sedang mencari penyerang bagi serangan yang dilakukan pada Khamis (13 Dis) di Tebing Barat, di mana seramai 400,000 warga Israel tinggal bersebelahan dengan lebih 2.5 juta penduduk Palestin.

Ia merupakan serangan maut ketiga yang dilakukan oleh lelaki bersenjata warga Palestin di Tebing Barat dalam dua bulan, sekali gus mencetuskan tunjuk perasaan oleh kumpulan-kumpulan pendatang terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu. Pemerintah beliau bergantung kepada sokongan golongan itu.

Media Israel meramalkan mengenai satu pemberontakan atau "intifada" baru oleh warga Palestin terhadap penaklukan Israel di Tebing Barat.

Bagaimanapun, tunjuk perasaan sebagai sebahagian daripada 'hari kemarahan' warga Palestin pada Jumaat (14 Dis), lebih kecil daripada apa yang dijangkakan.

Semasa serangan pada Khamis (13 Dis), seorang lelaki bersenjata keluar daripada keretanya dan menembak dua anggota tentera dan beberapa orang lagi di kawasan penempatan di pusat Tebing Barat. Dua anggota tentera maut manakala dua lagi warga Israel cedera parah.

Selepas serangan itu, pihak tentera tidak membenarkan sesiapa pun memasuki atau meninggalkan kawasan Ramallah, iaitu tempat tinggal presiden sekular Palestin Mahmud Abbas, sekali gus memanggil untuk lebih ramai anggota tentera dikerah ke kawasan itu.

Hamas tidak membuat sebarang pengakuan bertanggungjawab atas serangan pada Khamis (13 Dis), tetapi para pegawai Israel terus menuding jari menuduh pihak Hamas melakukannya. 

- AP/NA/na

Top