Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Remaja maut akibat renjatan elektrik semasa cas telefon bimbit

Seorang remaja Malaysia berusia 16 tahun meninggal dunia pada Isnin (3 Dis) selepas terkena kejutan elektrik semasa mengecas telefon bimbitnya, menurut laporan media tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja maut akibat renjatan elektrik semasa cas telefon bimbit

Gambar hiasan (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 05 Dec 2018 07:08PM Dikemas Kini : 05 Dec 2018 07:10PM

NEGERI SEMBILAN: Seorang remaja Malaysia berusia 16 tahun meninggal dunia pada Isnin (3 Dis) selepas terkena kejutan elektrik semasa mengecas telefon bimbitnya, menurut laporan media tempatan.

Mohd Aidi Azzhar Zahrin dipercayai sedang memakai fon telinga sambil mengecas telefon bimbit, menurut laporan New Straits Times.

Menurut laporan itu, ibunya melihat remaja itu terbaring di lantai semasa beliau keluar untuk bekerja pada pagi itu, namun menyangka bahawa anaknya sedang tidur.

Beliau berasa tidak sedap hati semasa kerja dan membuat keputusan untuk pulang. Wanita berusia 51 tahun itu mendapati anaknya sudah meninggal dunia.

"Di rumah, beliau menemui anaknya di posisi yang sama. Beliau cuba menyedarkannya namun apabila beliau menyentuhnya, jasad remaja lelaki itu sudah sejuk," kata ketua polis daerah timbalan penguasa Anuar Bakri Abdul Salam seperti ditukil New Straits Times.

Ibu mangsa kemudian menghubungi klinik dan seorang pegawai perubatan dihantar ke rumahnya.

"Pemeriksaan tidak menunjukkan sebarang tanda lebam atau kecederaan. Namun terdapat bekas pendarahan di teliga kiri remaja," menurut Encik Anuar Bakri sambil menambah pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia beberapa jam sebelum itu.

Bedah siasat yang dilakukan di Hospital Tunaku Ja'afar menunjukkan remaja itu maut akibat kejutan elektrik, kata Encik Anuar Bakri.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan