Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Remaja 16 tahun pulangkan wang tunai $10,000 yang ditemuinya

Apakah yang dilakukan seorang remaja yang terjumpa wang tunai dalam jumlah yang tidak pernah dipegangnya sebelum ini?

Anggaran Waktu Membaca:
Remaja 16 tahun pulangkan wang tunai $10,000 yang ditemuinya

Rhami Zeini, 16 tahun, tidak teragak-agak memulangkan AS$10,000 yang ditemuinya. (Gambar: Santa Barbara County Sheriff's Office/Facebook)

Diterbitkan : 22 Sep 2018 11:42AM Dikemas Kini : 22 Sep 2018 11:49AM

CALIFORNIA: Apakah yang dilakukan seorang remaja yang terjumpa wang tunai dalam jumlah yang tidak pernah dipegangnya sebelum ini?

Rhami Zeini, 16 tahun tidak teragak-agak untuk melakukan perkara yang betul. Baru-baru ini, beliau sedang dalam perjalanan pulang dari sekolah apabila menemui beg duit berwarna hitam di tengah-tengah jalan raya, lapor CNN.

Pelajar berusia 16 tahun itu kemudian membuka beg duit tersebut dan mendapati terdapat wang tunai sebanyak AS$10,000 (S$13,600). Zeini memberitahu CNN bahawa beliau tidak pernah nampak wang sebanyak itu.

Beliau bertekad untuk memulangkan beg duit itu kepada pemiliknya dan mencari nombor telefon pemilik tetapi gagal menemuinya.

Zeini memberitahu ibu bapanya tentang insiden itu dan mereka membawanya ke balai polis tempatan.

Mujur, pihak polis berjaya mengesan pemilik dan memulangkan beg duit itu kepadanya.

"Bagi saya, itu yang sepatutnya dilakukan," kata Zeini dalam wawancara bersama CNN. "Jika wang saya yang hilang dan jumlahnya besar, saya juga pasti ingin mendapatkannya semula."

Pemilik beg duit itu sangat berterima kasih dengan pelajar tersebut dan memberinya ganjaran AS$100 (S$136). Beliau mengatakan bahawa beliau mungkin tertinggal beg duitnya di atas bumbung kereta sebelum memandu.  

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan