Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ratusan warga manfaatkan mudik percuma Pos Indonesia

Untuk meningkatkan keselamatan di jalan raya semasa musim perayaan ini, semakin ramai penunggang motosikal kini memilih untuk menggunakan kaedah pengangkutan lain.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Jun 2018 10:00PM Dikemas Kini : 15 Jun 2018 01:06AM

JAKARTA: Para penduduk merata Indonesia yang bakal menyambut Syawal esok juga, telahpun mula pulang kampung sejak seminggu lalu.

Untuk meningkatkan keselamatan di jalan raya semasa musim perayaan ini, semakin ramai penunggang motosikal kini memilih untuk menggunakan kaedah pengangkutan lain.

Dianggarkan lebih 30 juta penduduk Indonesia dijangka pulang kampung semasa tempoh cuti lebaran selama 10 hari, tahun ini.

Dan lazimnya motosikal menjadi pilihan majoriti untuk mudik.

Malangnya tahun lalu, 70 peratus nahas jalan raya di Indonesia juga melibatkan motosikal.

Untuk itu, pihak berkuasa Indonesia kini menggalakkan penggunaan kaedah pengangkutan lain untuk pulang kampung dengan lebih selamat lagi.

Ini termasuk khidmat kiriman motosikal ke kampung secara percuma.

Pendaftaran untuk program tersebut bermula Mac lalu bagi pengangkutan bot dan bas.

Bagi pengangkutan kereta api pula, pendaftarannya dimulakan sejak Februari lalu.

"Satu alasan saya mudik gratis(naik percuma) itu mengurangi angka kemacetan(kemalangan) di jalan. Itu satu - kedua, motor bisa sampai rumah, selamat sampai tujuan, ketemu anak-isteri, boleh keliling kampung," ujar seorang warga Indoneisa yang memanfaatkan cara pengangkutan ini.

Sehingga 39,000 motosikal akan dikirimkan menggunakan bot, kereta api dan lori ke pelbagai destinasi di Indonesia tahun ini berbanding 19,000 unit tahun lalu.

Sumber : Agensi berita/AA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan