Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ratusan terbunuh dalam pertempuran di Ghazni, Afghanistan

Sekurang-kurangnya 120 orang terbunuh dalam pertempuran sengit antara pasukan keselamatan dengan kumpulan Taliban di bandar Ghazni, Afghanistan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Aug 2018 11:11PM Dikemas Kini : 14 Aug 2018 11:15PM

KABUL: Sekurang-kurangnya 120 orang terbunuh dalam pertempuran sengit antara pasukan keselamatan dengan kumpulan Taliban di bandar Ghazni, Afghanistan.

Ghazni terletak kira-kira 120 kilometer dari ibu kota Kabul.

Taliban sejak empat hari lalu melancarkan serangan besar-besaran ke atas bandar tersebut. Pemerintah Afghanistan sudah mengerahkan lebih 1,000 orang askar ke bandar tersebut untuk menentang pihak Taliban.

Askar Afghanistan yang disokong Amerika Syarikat itu mengisytiharkan sudah menakluk semula kebanyakan kawasan kota Ghazni pada Selasa (14 Ogos).

Namun, laporan berhubung serangan Taliban ke atas kawasan lain terus mencetuskan tanda tanya bagi masa depan Afghanistan.

Keganasan terbaru ini menghancurkan sebarang harapan ke arah proses perdamaian, yang mula tercetus semasa genjatan senjata selama tiga hari pada Aidilfitri Jun lalu dan sebuah laporan daripada pihak Taliban, berkenaan satu rundingan antara seorang diplomat kanan Amerika Syarikat dan wakil Taliban di Doha.  

Sumber : Agensi berita/MM/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan