Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ratusan penyokong kesatuan sekerja adakan tunjuk perasaan di luar Parlimen Greece

Ratusan penyokong kesatuan sekerja mengadakan tunjuk perasaan di luar Parlimen Greece sedang para penggubal dasar membahaskan belanjawan negara 2019, yang dibebani hutang.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Dec 2018 09:33PM Dikemas Kini : 19 Dec 2018 09:40PM

GREECE: Ratusan penyokong kesatuan sekerja mengadakan tunjuk perasaan di luar Parlimen Greece sedang para penggubal dasar membahaskan belanjawan negara 2019, yang dibebani hutang.

Belanjawan itu perlu dimuktamadkan pada tengah malam semalam (18 Dis), tetapi masih belum diluluskan.

Inilah kali pertama belanjawan baru itu dibentangkan selepas Greece bebas daripada belenggu sebagai sebuah negara peminjam, sepanjang lapan tahun lalu.

Belanjawan berjimat cermat itu adalah sebahagian daripada usaha negara itu untuk mencatat lebihan cukai sebagaimana yang dikehendaki oleh negara-negara pemiutang antarabangsa.

Belanjawan itu menjangkakan pertumbuhan ekonomi mencapai 2.1 peratus tahun ini dan 2.5 peratus tahun depan dengan bebanan hutang diharap dapat dikurangkan daripada 180 peratus tahun ini kepada 167 peratus tahun depan.

Bantahan-banatahan itu diadakan kerana rakyat tidak berpuas hati terhadap peruntukan pemerintah dalam bidang kesihatan, pendidikan dan pemberian pencen. 

Sumber : Agensi berita/SS/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan