Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rantai anak di tong gas: 15 Mac tarikh akhir pengurusan kes

Mahkamah Sesyen pada Isnin (12 Feb) menetapkan 15 Mac ini sebagai tempoh akhir pengurusan kes penganiayaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang lehernya dirantai pada tong gas memasak Oktober tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Rantai anak di tong gas: 15 Mac tarikh akhir pengurusan kes

Budak lelaki yang dirantai pada tong gas. (Gambar: Facebook)

Diterbitkan : 13 Feb 2018 10:21AM Dikemas Kini : 13 Feb 2018 10:24AM

KUANTAN: Mahkamah Sesyen pada Isnin (12 Feb) menetapkan 15 Mac ini sebagai tempoh akhir pengurusan kes penganiayaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang lehernya dirantai pada tong gas memasak Oktober tahun lalu.

Hakim Datuk Unaizah Mohd membuat keputusan itu berikutan pihak pendakwaan masih belum mendapatkan laporan perubatan mangsa daripada Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA).

Dalam prosiding yang dijalankan semalam, tertuduh yang merupakan bapa tiri mangsa Mohd Farid Fikri Mohammad, 32, danibu kandung mangsa, Fatimah Muhammad Zain, 37, mengekalkan pengakuan tidak bersalah.

Untuk pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu antara pukul 1.00 hingga 9.15 pagi pada 5 Oktober lalu, menganiaya mangsa di bawah jagaan mereka dengan cara merantai leher menggunakan rantai besi pada tong gas memasak.

Bagi pertuduhan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) Akta yang sama dan dibaca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Bagi pertuduhan kedua pula, mereka didakwa antara pukul 8.00 pagi hingga pukul 10.30 malam, 31 September hingga 4 Oktober lalu melakukan kesalahan dengan mencapai niat bersama membiarkan mangsa tanpa mengadakan persediaan bagi pengawasan dan pemeliharaan yang berpatutan.

Untuk pertuduhan kedua, mereka didakwa mengikut Seksyen 33 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001 dan sabit kesalahan boleh dihukum mengikut Seksyen 31(1) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sebelum itu, pendakwaan yang dikendalikan Timbalan Pendakwa raya Farahah Nasri memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak hospital memaklumkan laporan perubatan kanak-kanak itu masih dalam proses apabila diminta memberikan laporan itu.

Berikutan itu, pihak pendakwaan memohon kepada pihak mahkamah supaya diberikan sedikit masa bagi membolehkan pihak HTAA melengkapkan laporan perubatan berkenaan.

Dalam masa yang sama peguam tertuduh, Noor Svetlana Mohd Noordin, turut memohon agar satu tarikh akhir pengurusan kes berkenaan ditetapkan dalam tempoh sewajarnya sehingga laporan perubatan berkenaan dapat diperoleh.

Mahkamah kemudian memberikan tempoh sebulan bagi menunggu laporan perubatan itu dan akan memberikan tarikh baru untuk memulakan perbicaraan pada tarikh itu (15 Mac).

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan