Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ranil Wickremesinghe kembali menyandang jawatan Perdana Menteri Sri Lanka

Encik Ranil Wickremesinghe kembali menyandang jawatan Perdana Menteri hari ini (16 Dis) selepas dipecat pada 26 Oktober lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 16 Dec 2018 07:32PM Dikemas Kini : 16 Dec 2018 08:46PM

SRI LANKA: Encik Ranil Wickremesinghe kembali menyandang jawatan Perdana Menteri hari ini (16 Dis) selepas dipecat pada 26 Oktober lalu.

Keputusan Presiden Sri Lanka melantik semula Encik Wickremesinghe mengakhiri krisis politik yang membelenggu negara Selatan Asia itu selama hampir dua bulan.

Encik Wickremesinghe disingkirkan daripada jawatannya secara mengejut dan digantikan dengan Encik Mahinda Rajapaksa.

Bagaimanapun Encik Rajapaksa tidak dapat menjalankan tugasnya selepas beberapa kali gagal mendapat undi yakin di parlimen.

Beliau kemudian meletak jawatan semalam (15 Dis), merintis jalan bagi pelantikan semula Encik Wickremesinghe, sekali gus mengakhiri perebutan kuasa antara kedua-dua pihak.

Sumber : AFP/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan