Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rampasan terbesar dadah kokain di Sepanyol

Pihak berkuasa Sepanyol berjaya membuat rampasan terbesar dadah kokain di negara itu dalam masa 18 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Rampasan terbesar dadah kokain di Sepanyol

Polis Sepanyol menunjukkan dadah yang dirampas dari sebuah kontena dari Colombia di perlabuhan Algericas.

Diterbitkan : 06 Dec 2017 04:39PM Dikemas Kini : 06 Dec 2017 04:43PM

ALGECIRAS: Pihak berkuasa Sepanyol berjaya membuat rampasan terbesar dadah kokain di negara itu dalam masa 18 tahun.

Dadah berjumlah lebih 5,800 kilogram itu ditemui di dalam sebuah kontena kapal yang tiba di pelabuhan Algeciras, selatan Sepanyol.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri Sepanyol menyatakan kapal itu membawa pisang dari Colombia untuk dihantar ke sebuah tempat di mana terletak lapangan terbang antarabangsa wilayah Catalonia.

Dadah yang dirampas itu dianggarkan bernilai kira-kira AS$250 juta (S$336 juta).

Sejauh ini pihak berkuasa berjaya menangkap tiga orang.

Sumber : Reuters/MU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan