Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Ramadan yang mencabar bagi rakyat Gaza; dilanda krisis politik dan ekonomi

Dalam bulan Ramadan sekarang ini, rakyat Palestin di Gaza menjalani kehidupan harian dengan amat sukar.

Anggaran Waktu Membaca:
Ramadan yang mencabar bagi rakyat Gaza; dilanda krisis politik dan ekonomi

Kanak-kanak Palestin membaca buku di rumah dengan menggunakan lilin selepas bekalan elektrik terputus di Gaza. (Gambar: THOMAS COEX / AFP)

Diterbitkan : 19 Jun 2017 06:38PM Dikemas Kini : 19 Jun 2017 06:47PM

GAZA: Dalam bulan Ramadan sekarang ini, rakyat Palestin di Gaza menjalani kehidupan harian dengan amat sukar.

Mereka menjadi mangsa krisis politik dan ekonomi yang hebat.

Ini juga masa yang sukar bagi para peniaga di pasar Zawya di Gaza.

Abu Ehab Alyazy yang menjual kurma dan barang keperluan Ramadan lain berkata pada masa lalu para penduduk Gaza membeli pelbagai barang keperluan untuk Ramadan sekaligus.

Tetapi sekarang, pelanggan berbelanja sedikit-sedikit dahulu untuk keperluan harian.

Pada April lalu, pemerintah Palestin pimpinan Presiden Mahmoud Abbas memotong gaji para pekerja awam di Gaza sehingga 50 peratus.

Keadaan ekonomi mungkin bertambah buruk sehingga dua parti politik yang mentadbir Palestin, Fatah yang dipimpin Presiden Mahmoud Abbas dan Hamas, berdamai.

Selagi ini tidak berlaku, sukar untuk badan-badan kemanusiaan di luar Gaza menyalurkan bantuan kewangan.

Meskipun Presiden Mahmoud Abbas berjanji akan mengambil langkah-langkah untuk memulihkan perpaduan nasional, para pemimpin Hamas yang berpangkalan di Gaza menolak usaha itu.

Hamas menuduh Presiden Abbas cuba memaksa kumpulan itu menerima perjanjian mengikut syarat-syarat Fatah. 

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan