Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rakyat S'pura diberkas di Thailand atas pelbagai kesalahan

Dia memasuki negara itu pada 2014 dan sepatutnya meninggalkan Thailand pada bulan Ogos tahun itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Rakyat S'pura diberkas di Thailand atas pelbagai kesalahan

Gambar fail seseorang digari. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 21 Jun 2018 11:29PM Dikemas Kini : 21 Jun 2018 11:31PM

BANGKOK: Seorang lelaki Singapura berusia 28 tahun diberkas di Thailand kerana menjual jam tangan berjenama palsu, memiliki senjata dan tinggal lebih lama dari tempoh yang dibenarkan di Thailand.

Polis Thailand memberkasnya pada Rabu (20 Jun) kerana menjual jam tangan berjenama palsu di Facebook, menurut timbalan ketua polis pelancongan, Mejar-Jeneral Surachet Hakpan kepada media pada hari Khamis (21 Jun). Jenama-jenama jam tersebut termasuk Rolex, Omega, IWC dan Patek Philippe.

Pistol automatik 9mm buatan China dan 10 butir peluru juga ditemui, menurut Surachet.

Tambahnya, lelaki itu sudah tinggal lima tahun melebihi tempoh yang dibenarkan di Thailand. Dia memasuki negara itu pada 2014 dan sepatutnya meninggalkan Thailand pada bulan Ogos tahun itu.

22 jam tangan berjenama palsu dijumpai di bilik sewanya di daerah Chatuchak, kata Surachet. Dia membeli jam tangan dari China pada harga 2,000 baht (S$82) bagi setiap jam sebelum menjualnya kepada para pelanggan online.

Menurut Surachet, lelaki itu mendakwa mengaup keuntungan bulanan antara 70,000 (S$2,900) dan 80,000 baht (S$3,300) daripada perdagangan haram tersebut.

Lelaki itu dijangka didakwa atas kesalahan melanggar undang-undang hak cipta, tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di Thailand serta memiliki senjata dan peluru secara haram, kata Surachet.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan