Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rakyat Palestin tutup sekolah, kedai sebagai tanda bantah keputusan Trump

Di wilayah Palestin, semua sekolah dan kedai di Tebing Barat ditutup hari ini (7 Dis) sebagai tanda membantah keputusan Presiden Trump mengiktiraf secara rasmi Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Dec 2017 10:19PM Dikemas Kini : 07 Dec 2017 10:23PM

PALESTIN: Di wilayah Palestin, semua sekolah dan kedai di Tebing Barat ditutup hari ini (7 Dis) sebagai tanda membantah keputusan Presiden Trump mengiktiraf secara rasmi Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

Kawasan tebing barat itu biasanya sibuk menjelang sambutan Krismas.

Di Baitulaham, para penunjuk perasaan keluar ke jalan-jalan raya untuk membantah tindakan Presiden Trump mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

Pasukan Pertahanan Israel dilaporkan melepas beberapa das tembakan gas pemedih mata untuk meleraikan para penunjuk perasaan.

Di Lubnan, ratusan pelarian Palestin turut berkumpul untuk melahirkan kekecewaan terhadap langkah Amerika itu.

Rakyat Palestin di Gaza juga dilaporkan membakar gambar-gambar Presiden Trump.

Keputusan Presiden Trump dilihat sebagai menyebelahi pihak Israel yang menyatakan bahawa ia tidak akan menyerahkan sebarang bahagian bandar tersebut.  

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan