Images
  • choi soon-sil
    Choi Soon-sil dijatuhi hukuman penjara 20 tahun. (Gambar: AFP)

Sahabat karib mantan Presiden Korea Selatan dijel 20 tahun

SEOUL: Rakan rapat mantan presiden Korea Selatan dijatuhi hukuman penjara 20 tahun hari ini (13 Feb) di Mahkamah Daerah Tengah Seoul.

Tempoh hukuman Choi Soon-sil itu, kurang lima tahun daripada yang dituntut pihak pendakwaraya. Namun, peguamnya akan mengemukakan rayuan.

Choi merupakan tokoh utama dalam skandal menjaja pengaruh hingga menyebabkan parlimen Korea Selatan menyingkirkan Presiden Park Geun-hye pada Mac tahun lalu dan beliau kini di dalam penjara.

Secara keseluruhannya Choi dikenakan 18 tuduhan termasuk rasuah, melakukan ugutan dan mempergunakan hubungan rapatnya dengan Presiden Park ketika itu bagi kepentingan peribadi.

Berkaitan kes Choi, mahkamah juga hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua setengah tahun terhadap Pengerusi kumpulan syarikat Lotte, Shin Dong-bin kerana rasuah.

Hartawan itu dituduh memberi rasuah kira-kira AS$6 juta (S$8 juta) kepada sebuah yayasan kendalian Choi.

Atas arahan mahkamah hari ini, Shin, yang juga Presiden Persatuan Ski Korea dan sebelum ini bebas, sudahpun ditangkap.

- AFP/MU/sm

Komen Anda?

Top