Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Raja Salman bentangkan keutamaan Saudi, antaranya tangkis ancaman Iran

Perang di Yaman, keselamatan orang-orang Palestin, kemantapan pasaran minyak, serta menangkis ancaman Iran dan mewujudkan pekerjaan bagi rakyat.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 20 Nov 2018 08:37PM Dikemas Kini : 20 Nov 2018 09:57PM

RIYADH: Perang di Yaman, keselamatan orang-orang Palestin, kemantapan pasaran minyak, serta menangkis ancaman Iran dan mewujudkan pekerjaan bagi rakyat.

Kesemua itu adalah antara perkara-perkara yang akan diberi perhatian utama oleh kerajaan Arab Saudi pada tahun akan datang.

Raja Salman membentangkan pelbagai keutamaan negaranya itu bagi tahun akan datang semasa berucap kepada Majlis Syura Saudi semalam (19 Nov).

Beliau berkata keputusan Saudi membantu mempertahankan pemerintah Yaman bukan satu pilihan tetapi merupakan satu tanggungjawab kerana ia menentang tindakan kekerasan oleh kumpulan militia yang disokong Iran.

Ia merupakan ucapan utama Raja Salman sejak pembunuhan wartawan Saudi, Jamal Khashoggi di konsulat Saudi di Istanbul pada 2 Oktober lalu. Bagaimanapun Raja Salman tidak menyentuh tentang pembunuhan itu dalam ucapannya itu.

Sebaliknya beliau terus memberikan sokongan kuat kepada Putera Mahkota Mohammad yang menurut agensi risik Amerika, mengarahkan pembunuhan itu.

Raja Salman berkata beliau menggesa anaknya itu - yang menyelia semua hal penting Saudi, termasuk keselamatan dan ekonomi - supaya memberi lebih banyak tumpuan kepada usaha membangunkan keupayaan golongan belia Saudi.

Sumber : Reuters/MU/ur
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan