Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

'Raja Bomoh' pun mahu bertanding dalam Pilihan Raya Umum M'sia

‘Raja Bomoh’ atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin mahu bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi Parlimen Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Anggaran Waktu Membaca:
'Raja Bomoh' pun mahu bertanding dalam Pilihan Raya Umum M'sia

'Raja Bomoh' Malaysia, Ibrahim Mat Zin. (Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 17 Apr 2018 07:59PM Dikemas Kini : 17 Apr 2018 08:01PM

IPOH: ‘Raja Bomoh’ atau nama sebenarnya Ibrahim Mat Zin mahu bertanding sebagai calon bebas bagi kerusi Parlimen Bagan Datuk pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Ibrahim, 68 tahun, mengumumkan hasratnya bertanding merebut kerusi itu, yang disandang Timbalan Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dalam sidang media hari ini (17 Apr). 

Pengasas dan Presiden Persatuan Seni Silat Gayong Ghaib Malaysia(PSSGGM) itu berkata beliau membuat keputusan memilih kerusi Parlimen berkenaan kerana mempunyai kenalan ramai di sana terutamanya anak-anak murid silatnya yang meminta beliau bertanding. 

Beliau turut berjanji menyerahkan kesemua gaji bulanannya sebagai Anggota Parlimen bagi membantu penduduk di Bagan Datuk sekiranya memenangi kerusi itu pada PRU14 nanti. 

Pada PRU13, Dr Ahmad Zahid menang kerusi Parlimen Bagan Datuk dengan majoriti 2,108 undi.

Sebelum ini, Ibrahim pernah beberapa kali mengejutkan orang ramai dengan ritual bersama-sama para pengikutnya seperti membawa buluh kecil sebagai teropong, dua biji kelapa dan lima meriam buluh di beberapa lokasi bagi beberapa tujuan termasuk ‘melindungi’ Malaysia daripada serangan nuklear Korea Utara.

Pada 25 April tahun lalu, Ibrahim mengaku bersalah di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan atas pertuduhan menghina Islam atau menyebabkan Islam dipandang hina mengikut Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syarikah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997.

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan