Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Raja Belanda akui bekerja sambilan sebagai juruterbang KLM

Raja Belanda akhirnya mengakui bahawa sepanjang tempoh selama lebih 20 tahun beliau juga melakukan kerja samblan!

Anggaran Waktu Membaca:
Raja Belanda akui bekerja sambilan sebagai juruterbang KLM

Sebagai juruterbang undangan, Raja Willem-Alexander bertugas dua kali sebulan, selalunya sebagai juruterbang kedua. (Gambar: Natascha Libbert/AFP)

Diterbitkan : 18 May 2017 10:19PM Dikemas Kini : 18 May 2017 10:24PM

BELANDA: Raja Belanda akhirnya mengakui bahawa sepanjang tempoh selama lebih 20 tahun beliau juga melakukan kerja sambilan!

Dalam satu temu bual yang diterbitkan sebuah akhbar pada Khamis (18 Mei), Raja Willem-Alexander berkata beliau baru-baru ini menamatkan peranan beliau sebagai "juruterbang undangan" selepas 21 tahun mengemudi pesawat Fokker 70 syarikat KLM dan sebelum itu bersama dengan syarikat penerbangan Belanda Martinair, menurut laporan Guardian.

Sebagai juruterbang undangan, beliau bertugas dua kali sebulan, selalunya sebagai juruterbang kedua.

Beliau kini akan berlatih untuk mengemudi pesawat Boeing 737 kerana pesawat Fokker tidak lagi digunakan.

Menurut laporan Guardian, Raja Willem melakukan demikian sebagai "hobi" kerana beliau dapat melupakan tugas diraja buat seketika dan menumpukan perhatian kepada perkara lain.

"Anda ada pesawat, penumpang dan anak kapal. Anda bertanggungjawab ke atas mereka," kata beliau kepada De Telegraaf.

"Anda tidak boleh membawa bersama masalah anda. Anda harus melupakannya dan memberi tumpuan kepada perkara lain. Itu, bagi saya, bahagian yang paling menyeronokkan mengenai membawa pesawat."

Walaupun diketahui ramai bahawa Raja Willem seorang juruterbang yang bertauliah dan ada kalanya membawa pesawat penumpang KLM, tidak jelas sebelum ini mengenai berapa kerap beliau berbuat demikian.

Beliau berkata beliau jarang dikenali penumpang, terutama sekali sejak tahap keselamatan diperketakan di dalam pesawat selepas serangan 9/11. 

Sumber : Agensi berita/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan