Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Rafizi Ramli umumkan tidak bertanding dalam Pilihan Raya mendatang

Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini (14 Mac) memaklumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14). 

Anggaran Waktu Membaca:
Rafizi Ramli umumkan tidak bertanding dalam Pilihan Raya mendatang

Rafizi Ramli. (Gambar fail: AFP/Saeed Khan)

Diterbitkan : 14 Mar 2018 06:38PM Dikemas Kini : 14 Mar 2018 06:39PM

KUALA LUMPUR: Anggota Parlimen Pandan, Rafizi Ramli hari ini (14 Mac) memaklumkan tidak akan bertanding pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14). 

Beliau mengumumkan perkara itu sendiri dalam ucapannya semasa memulakan perbahasan usul titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat hari ini (14 Mac).

"Ini adalah ucapan saya yang terakhir dalam dewan ini Yang Dipertua, memandangkan saya tidak akan bertanding dalam PRU akan datang.

"Saya meminta maaf sekiranya kritikan pedas saya selama lima tahun yang lepas di dalam dewan mulia ini melukakan hati pihak sebelah sana (kerajaan)," kata Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat itu.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada anggota-anggota Parlimen Barisan Nasional yang disifatkan sangat terbuka ketika berhujah dengannya.

Mahkamah Sesyen Shah Alam pada 7 Februari lalu menjatuhkan hukuman penjara 30 bulan terhadap Rafizi dan seorang bekas kerani bank, Johari Mohamad kerana didapati bersalah membocorkan dokumen penyata baki akaun bank milik National Feedlot Corporation (NFC), National Meat pada Mac 2012.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu proses rayuan selepas membenarkan permohonan peguam Ahmad Nizam Hamid yang mewakili Rafizi dan peguam Latheefa Koya yang mewakili Johari.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan