QZ8501: Tiga mayat dibawa ke Surabaya untuk dikenal pasti
Tiga lagi mayat yang ditemui di tapak nahas pesawat AirAsia di Laut Jawa, dibawa ke Surabaya untuk proses kenal pasti.
PANGKALAN BUN: Tiga lagi mayat yang ditemui di tapak nahas pesawat AirAsia di Laut Jawa, dibawa ke Surabaya untuk proses kenal pasti.
Setakat ini hanya 51 mayat ditemui, tiga minggu selepas pesawat QZ8501 itu terhempas semasa dalam penerbangan dari Surabaya ke Singapura. Sebanyak 40 mayat sudah dikenal pasti.
Pesawat itu membawa 162 penumpang dan kru, kebanyakananya rakyat Indonesia. Kerja mencari mangsa-mangsanya yang lain dihambat cuaca buruk dan laut bergelora.
Kebanyakan mangsa dipercayai masih terperangkap di dalam badan pesawat yang sudah diketahui kedudukannya di dasar laut, namun belum dapat ditarik keluar.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.