Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Queensland tawar ganjaran AUS$100,000 ekoran kes jarum dalam strawberi

Wilayah Queensland di Australia hari ini (15 Sep) menawarkan ganjaran bernilai AUS$100,000 (S$98,300) bagi mendapatkan maklumat mengenai mereka yang bertanggungjawab melakukan perbuatan sabotaj dengan meletakkan jarum-jarum jahitan di dalam buah-buah strawberi.

Anggaran Waktu Membaca:
Queensland tawar ganjaran AUS$100,000 ekoran kes jarum dalam strawberi

Gambar fail buah strawberi. (Gambar: Pixabay)

Diterbitkan : 15 Sep 2018 05:05PM Dikemas Kini : 15 Sep 2018 05:07PM

MELBOURNE: Wilayah Queensland di Australia hari ini (15 Sep) menawarkan ganjaran bernilai AUS$100,000 (S$98,300) bagi mendapatkan maklumat mengenai mereka yang bertanggungjawab melakukan perbuatan sabotaj dengan meletakkan jarum-jarum jahitan di dalam buah-buah strawberi.

Polis menyatakan bahawa enam jenama buah strawberi di Australia dipercayai dicemari dengan jarum dan peniti, sekaligus menyebabkan pihak berkuasa untuk mengeluarkan amaran kepada orang ramai supaya memotong dahulu buah strawberi sebelum memakannya.

"Ada seseorang yang sedang cuba untuk mensabotaj industri itu namun dengan berbuat demikian, individu itu juga membahayakan kehidupan bayi, kanak-kanak dan keluarga mereka," kata Pemimpin Queensland, Annastacia Palaszczuk semasa satu sidang media di mana beliau juga mengesahkan ganjaran tersebut.

Menurut polis, enam jenama strawberi yang terjejas ialah The Berry Obsession, Berry Licious, Donnybrook Berries, Love Berry, Delightful Strawberries dan Oasis. Polis turut menyatakan bahawa buah-buahan tersebut didapati dibekalkan oleh syarikat pembekal yang berpangkalan di Queensland.

Wilayah Queensland adalah pengeluar utama buah strawberi dalam industri negara itu yang bernilai lebih AUS$130 juta (S$128 juta) setiap tahun.

Woolworths Group sudahpun menarik balik kesemua jenama strawberi yang terjejas daripada kesemua pasar rayanya, namun ia masih lagi menjual pelbagai jenis buah strawberi yang lain.

Harga strawberi juga merosot di merata negara itu. ABC News melaporkan hari ini (15 Sep) bahawa harga borong merosot 50 peratus kepada AUS$0.50 (S$0.49) bagi setiap bekas atau bakul kecil strawberi - iaitu lebih rendah berbanding kos pengeluaran di Barat Australia di mana terdapatnya jumlah tinggi tanaman strawberi namun para petani terpaksa menghapuskan kebanyakan buah tersebut. 

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan