Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pyongyang setuju hantar atlit ke Olimpik Musim Sejuk, berminat sertai Sukan Paralimpik Mac ini

Pyongyang dilaporkan bukan sahaja bersetuju untuk menghantar para atlit ke Olimpik musim sejuk di Pyeongchang bulan depan, malah ia berminat untuk mengambil bahagian dalam Sukan Paralimpik pada bulan Mac.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 17 Jan 2018 09:57PM Dikemas Kini : 18 Jan 2018 12:53AM

PYONGYANG: Terdapat kemajuan dalam rundingan antara dua negara Korea.

Pyongyang dilaporkan bukan sahaja bersetuju untuk menghantar para atlit ke Olimpik musim sejuk di Pyeongchang bulan depan, malah ia berminat untuk mengambil bahagian dalam Sukan Paralimpik pada bulan Mac.

Pyongyang membuat tawaran itu sedang kedua-dua pihak meneruskan rundingan mengenai penyertaan Korea Utara dalam Olimpik musim sejuk.

Rundingan sudah masuk minggu kedua dan apa yang sudah pasti, Pyongyang akan menghantar 230 orang sebagai pasukan sorak di sukan Olimpik itu.

Soal penyertaan pasukan hoki wanita Korea Utara masih dibincangkan.

Sementara itu, 20 negara yang menghadiri sidang di Vancouver terus mengenakan tekanan ke atas Korea Utara berhubung program nuklearnya.

Setiausaha Negara Amerika, Rex Tillerson berkata sudah tiba masanya untuk berunding dengan Korea Utara tetapi Pyongyang perlu mengambil langkah pertama, menyatakan hasratnya untuk berunding.

Beliau juga menegaskan, rundingan antara dua negara Korea yang berlangsung sekarang, tidak akan mengubah matlamat kempen sekatan ke atas Pyongyang yang dipimpin Amerika.

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un enggan menghentikan pembinaan peluru berpandu yang boleh sampai ke Amerika Syarikat meskipun sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) kian bertambah, sekali gus menimbulkan kebimbangan terhadap perang baru di semenanjung Korea. Korea Utara juga sudahpun menguji peluru berpandunya merentasi Jepun.

Dalam kenyataan media minggu ini, Korea Utara memberi amaran kepada Korea Selatan supaya jangan mengeruhkan hubungan antara kedua-dua negara selepas memintanya menghentikan senjata nuklearnya.

Kementerian Penyatuan Selatan menyatakan kedua-dua pihak itu bertukar-tukar pendapat berhubung beberapa isu, termasuk saiz pasukan atletik Korea Utara dan acara kebudayaan bersama. 

Sumber : CNA/MM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan