Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Puting beliung di Indonesia ragut satu nyawa

Puting beliung melanda bandar Bogo di Jawa Barat, Indonesia pada petang Khamis (6 Dis), menyebabkan seorang terkorban dan kemusnahan teruk, menurut laporan media tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Puting beliung di Indonesia ragut satu nyawa

Petikan gambar daripada video menunjukkan puting beliung melanda bandar Bogo. (Gambar: Twitter/bulutangkisRI/thisis_angel)

Diterbitkan : 07 Dec 2018 08:11AM Dikemas Kini : 07 Dec 2018 08:18AM

SINGAPURA: Puting beliung melanda bandar Bogo di Jawa Barat, Indonesia pada petang Khamis (6 Dis), menyebabkan seorang terkorban dan kemusnahan teruk, menurut laporan media tempatan.

Insiden itu, yang berlaku pada sekitar jam 3.00 petang waktu tempatan, meragut nyawa seorang pemandu, Encik Enny Retno, 45 tahun setelah sebatang pokok tumbang lalu menimpa keretanya, menurut CNN Indonesia.

Para pegawai cuaca tempatan dilaporkan sebagai berkata, puting beliung tersebut disebabkan oleh aktiviti dalam awan kumulonimbus dan menambah, Bogor sedang mengalami kemuncak musim hujan pada masa ini.

Puting beliung tersebut, yang membawa angin sekencang 50 kilometer sejam, mengakibatkan kemusnahan dahsyat, pokok-pokok tumbang dan bumbung bangunan-bangunan tercabut, menurut beberapa laporan.

Usaha sedang dijalankan untuk menyelamatkan para mangsa dan memindahkan pokok-pokok yang tumbang dan menghalang jalan raya sekali gus mengakibatkan kesesakan jalan raya.

Rakaman video dan gambar-gambar yang tersebar di media sosial menunjukkan puting beliung menghampiri bandar tersebut, mengakibatkan serpihan-serpihan berterbangan.

Gambar-gambar juga menunjukkan kereta-kereta remuk, sebuah bumbung tercabut daripada struktur bangunan dan pejabat-pejabat musnah.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan