Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Putin, Trump setuju bekerjasama perangi ISIS di Syria

Menurut Kremlin, kenyataan berhubung Syria itu diselaraskan oleh Menteri Ehwal Luar Rusia, Sergei Lavrov dan Setiausaha Negara Amerika Rex Tillerson, khususnya bagi pertemuan di Danang.

Anggaran Waktu Membaca:
Putin, Trump setuju bekerjasama perangi ISIS di Syria

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump (kanan) dan Presiden Rusia Vladimir Putin. (Gambar: AFP/SAUL LOEB)

Diterbitkan : 11 Nov 2017 11:06PM Dikemas Kini : 11 Nov 2017 11:09PM

DANANG, Vietnam: Presiden Russia Vladimir Putin dan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bersetuju dengan kenyataan bersama berhubung Syria hari ini (11 Nov) untuk terus bekerjasama memerangi kumpulan pelampau ISIS sehingga ia tewas.

Demikian menurut Kremlin.

Rumah Putih bagaimanapun tidak segera memberikan respons terhadap pertanyaan mengenai pengumuman Kremlin atau perbualan yang menurut Kremlin diadakan di luar Sidang Puncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Danang, Vietnam.

Menurut Kremlin, kenyataan berhubung Syria itu diselaraskan oleh Menteri Ehwal Luar Rusia, Sergei Lavrov dan Setiausaha Negara Amerika Rex Tillerson, khususnya bagi pertemuan di Danang.

Encik Putin dan Encik Trump mengesahkan komitmen mereka terhadap kedaulatan, kebebasan dan kewibawaan wilayah Syria dan menggesa semua pihak dalam konflik negara itu supaya memainkan peranan aktif dalam proses politik Geneva, menurut kenyataan itu lagi.

Moscow dan Washington bersetuju tiada huraian tentera bagi konflik di Syria, menurut kenyataan yang diterbitkan di laman Kremlin.

Paparan televisyen dari Danang menunjukkan Encik Putin dan Encik Tump berbual-bual mesra, sedang mereka berjalan ke tempat di mana tradisi bergambar bagi Sidang Puncak APEC diadakan.

Sebelum ini Encik Trump tidak menunjukkan keinginan untuk mengadakan rundingan dengan Encik Putin kecuali terdapat kemajuan dalam isu-isu konflik di Syria, Ukraine dan Korea Utara.

Setelah menekankan bahawa ia sesuatu yang baik sekiranya Amerika Syarikat dan Rusia bekerjasama dalam masalah-masalah dunia pada tahun lalu, Encik Trump tidak banyak berhubungan dengan Encik Putin setelah menjadi Presiden.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan