Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Putera Saudi dibebas dari tahanan selepas dipercayai setuju bayar AS$1 bilion

Seorang daripada puluhan anggota keluarga diraja kerajaan Arab Saudi yang ditahan kerana rasuah, Putera Miteb bin Abdullah, dibebaskan daripada tahanan selepas dipercayai bersetuju membayar pihak berkuasa lebih AS$1 bilion (S$1.3 bilion).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 29 Nov 2017 07:16PM Dikemas Kini : 29 Nov 2017 11:57PM

ARAB SAUDI: Seorang daripada puluhan anggota keluarga diraja kerajaan Arab Saudi yang ditahan kerana rasuah, Putera Miteb bin Abdullah, dibebaskan daripada tahanan selepas dipercayai bersetuju membayar pihak berkuasa lebih AS$1 bilion (S$1.3 bilion).

Putera Miteb, 65 tahun, adalah anak Allahyarham Raja Abdullah dan mantan Ketua Pengawal Negara.

Beliau ditangkap dalam operasi besar-besaran antirasuah atas arahan Putera Mahkota Mohammed bin Salman, awal bulan ini.

Menurut seorang pegawai Saudi, selain bersetuju membayar AS$1 bilion itu, Putera Miteb juga mengakui terlibat dalam rasuah.

Ini termasuk penggelapan wang dan memberi kontrak-kontrak kepada syarikat-syarikatnya sendiri.

Antaranya, kontrak AS$10 bilion (S$13.4 bilion) bagi membekalkan alat walkie talkie dan peralatan tentera yang kalis peluru. 

Sumber : CNA/AA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan