Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Putera Mahkota Arab Saudi tokoh pilihan pembaca TIME tahun ini

Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman, meraih undi terbanyak pembaca untuk dipilih sebagai 'Tokoh Pilihan TIME 2017', mengatasi undian bagi beberapa lagi pemimpin dunia, penghibur dan aktivis dalam senarai tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Putera Mahkota Arab Saudi tokoh pilihan pembaca TIME tahun ini

Putera Mahkota Saudi Mohammed Bin Salman di Riyadh, Arab Saudi pada 24 Oktober 2017. (Gambar: REUTERS / Hamad I Mohammed)

Diterbitkan : 06 Dec 2017 03:33PM Dikemas Kini : 06 Dec 2017 09:16PM

ARAB SAUDI: Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman, meraih undi terbanyak pembaca untuk dipilih sebagai 'Tokoh Pilihan TIME 2017', mengatasi undian bagi beberapa lagi pemimpin dunia, penghibur dan aktivis dalam senarai tahun ini.

Menurut laporan Al Arabiya, Putera mahkota berusia 32 tahun itu menerima 24 peratus. Di tempat kedua adalah warga dunia yang mendukung gerakan #MeToo dengan enam peratus undi. Gerakan #MeToo itu membabitkan sokongan kepada kaum wanita yang mengaku menjadi korban kekerasan seksual.

Di tempat ketiga dengan masing-masing meraih lima peratus undi adalah bekas pemain bola sepak San Francisco 49ers, Colin Kaepernick, penasihat khas Robert Mueller dan Dreamers, kumpulan pendatang kanak-kanak yang dibawa masuk ke Amerika Syarikat.

Pada tahun-tahun sebelumnya, pemenang pilihan pembaca berbeza dengan pilihan editor TIME. Pada 2016, misalnya, Perdana Menteri India Narendra Modi menang pilihan pembaca namun pada tahun itu Donald Trump menjadi pilihan editor TIME.

Putera Mahkota Mohammed bin Salman mendapat perhatian dunia kebelakangan ini setelah memimpin gerakan anti-rasuah.

Beliau juga memimpin Visi 2030 untuk membawa perubahan ekonomi, budaya dan sosial kepada Arab Saudi. 

Sumber : Agensi berita/AQ/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan