Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pulau Pinang kaji semula had umur minimum perkahwinan

Had umur minimum untuk perkahwinan terutamanya yang melibatkan kanak-kanak di Pulau Pinang akan dikaji semula, kata jawatankuasa eksekutif kerajaan negeri itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pulau Pinang kaji semula had umur minimum perkahwinan

Jumlah perkahwinan Muslim di Singapura tidak jatuh mendadak semasa pandemik COVID-19. (Gambar hiasan: AFP/Jay Directo)

Diterbitkan : 10 Aug 2018 09:39AM Dikemas Kini : 10 Aug 2018 09:47AM

GEORGE TOWN: Had umur minimum untuk perkahwinan terutamanya yang melibatkan kanak-kanak di Pulau Pinang akan dikaji semula, kata jawatankuasa eksekutif kerajaan negeri itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Kerangkuman Gender dan Agama Selain Islam negeri, Chong Eng, juga berkata bahawa kerajaan Pulau Pinang mengarahkan penasihat undang-undang negeri supaya mengkaji semula perkara tersebut.

Menurut beliau, perkahwinan pada usia muda menyebabkan kanak-kanak berkemungkinan berakhir dengan perceraian dan ibu bapa seharusnya menyekat perkara itu dengan tidak memberi kebenaran.

"Undang-undang juga harus mengikut masa dan keperluan. Kita perlu menggunakan sesuatu yang diterima akal. Perkahwinan pada usia terlalu muda tidak akan berjaya dan mungkin berakhir dengan perceraian.

“Mereka yang masih muda seharusnya berkahwin selepas berusia 18 tahun," katanya semasa persidangan Dewan Undangan Negeri yang diadakan Pulau Pinang pada Khamis (9 Ogos).

Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 memperuntukkan umur minimum untuk perkahwinan adalah 18 tahun bagi lelaki dan 16 tahun bagi perempuan kecuali jika Hakim Syarie memberi kebenarannya secara bertulis dalam keadaan tertentu.

Isu perkahwinan bawah umur timbul selepas seorang lelaki berusia 41 tahun berkahwin dengan seorang budak perempuan berusia 11 tahun di Gua Musang, Kelantan pada Jun lalu.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan