Images
  • PAS
    PAS mengesahkan akan bertanding melebihi 150 kerusi Parlimen pada Pilihan raya Umum Ke-14 (PRU-14). (Gambar: paspusat/Instagram)

PRU14: PAS bertanding lebih 150 kerusi Parlimen

KOTA BHARU: PAS mengesahkan akan bertanding melebihi 150 kerusi Parlimen pada Pilihan raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan, berkata keputusan muktamad itu dibuat selepas parti itu mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Harian di Pulau Pinang, semalam (15 Apr).

Mengenai senarai calon, Datuk Takiyuddin berkata senarai itu sudah hampir 95 peratus muktamad termasuk di kerusi Parlimen dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sabah dan Sarawak.

"Majlis Pengisytiharan calon PAS akan diadakan serentak di setiap negeri pada 19 April ini kecuali Sabah dan Sarawak pada 21 April dan Kelantan 25 April," katanya dalam satu kenyataan hari ini (13 Apr) yang dilaporkan Utusan Online.

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sebelum ini, Datuk Seri Abdul Hadi dilaporkan berkata PAS dan rakannya dalam Gagasan Sejahtera berhasrat untuk bertanding antara 130 dan 150 kerusi Parlimen di PRU-14.

Daripada jumlah itu, katanya PAS menyasarkan untuk menang 112 kerusi Parlimen.

- Agensi berita/SM/sm

Komen Anda?

Top