Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Vietnam, Tran Dai Quang meninggal dunia

Presiden Vietnam, Tran Dai Quang meninggal dunia di sebuah hospital tentera di ibu kota Hanoi hari ini (21 Sep) pada usia 61 tahun.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Sep 2018 08:49PM Dikemas Kini : 21 Sep 2018 09:21PM

HANOI: Presiden Vietnam, Tran Dai Quang meninggal dunia di sebuah hospital tentera di ibu kota Hanoi hari ini (21 Sep) pada usia 61 tahun.

Menurut kenyataan pemerintah, semua usaha sudah dilakukan bagi merawat Presiden Quang oleh pakar-pakar dari dalam dan luar negara.

Presiden Quang sudah beberapa bulan sakit, kata mantan Menteri Kesihatan Nguyen Quoc Trieu, yang kini menyelia jagaan kesihatan bagi para pegawai kanan.

"Beliau mula menunjukkan tanda-tanda penyakit pada Jun tahun lalu dan sudahpun dirawat selama enam kali di Jepun sejak itu," kata Trieu.

"Beliau mengalami sejenis penyakit virus yang amat serius, yang tidak tiada sebarang rawatan berkesan bagi merawatnya," tambah beliau lagi.

Presiden Quang kali terakhir tampil di khalayak ramai pada Rabu lalu (19 Sep) kerana menghadiri mesyuarat Parti Komunis yang memerintah dan majlis jamuan bagi rombongan dari China.

Spekulasi tentang keadaan kesihatan beliau timbul sejak tahun lalu apabila Presiden Quang tidak kelihatan di mata umum selama sebulan.

Parlimen Vietnam dijangka memilih presiden baru negara itu apabila ia bersidang bulan depan. 

Sumber : Agensi berita/MU/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan