Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Presiden Korea Selatan melobi bagi Kim Jong Un semasa lawatan Eropah

Presiden Korea Selatan Moon Jae-in berkata pada Isnin (15 Okt), Korea Utara memerlukan jaminan bahawa ia membuat keputusan yang betul dengan mengikrarkan komitmen untuk melucutkan program senjata nuklear negara itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Presiden Korea Selatan melobi bagi Kim Jong Un semasa lawatan Eropah

Presiden Korea Selatan, Moon Jae-in semasa pertemuan dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron. (Gambar: Philippe Wojazer/Pool/AFP)

Diterbitkan : 16 Oct 2018 07:21AM Dikemas Kini : 16 Oct 2018 07:25AM

PARIS: Presiden Korea Selatan Moon Jae-in berkata pada Isnin (15 Okt), Korea Utara memerlukan jaminan bahawa ia membuat keputusan yang betul dengan mengikrarkan komitmen untuk melucutkan program senjata nuklear negara itu.

Encik Moon sedang dalam rangka lawatan selama tujuh hari ke Eropah, di mana beliau dijangka akan memberikan perkembangan terkini kepada para pemimpin mengenai hubungan antara Seoul dengan Pyongyang yang semakin bertambah baik.

Encik Moon sudahpun mengadakan pertemuan dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron.

Semasa lawatan itu, beliau memberitahu Encik Macron bahawa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) perlu memainkan "peranan aktif" dalam membantu meyakinkan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un supaya melucutkan sepenuhnya program nuklear negara itu.

Encik Moon dan Encik Kim sudah mengadakan tiga pertemuan pada tahun ini.

Amerika Syarikat bagaimanapun bersikap berwaspada terhadap hubungan yang semakin bertambah baik antara Korea Utara dengan Korea Selatan.

Negara itu memilih untuk terus mengenakan tekanan terhadap Korea Utara sehingga ia melucutkan sepenuhnya program senjatanya. 

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan