Presiden Brazil tidak jadi pindah kedutaan Israel ke Baitulmakdis?
Presiden Brazil, Jair Bolsonaro bercadang untuk membatalkan hasrat negara itu memindahkan kedutaan Israel dari Tel Aviv ke Baitulmakdis.
BRASILIA: Presiden Brazil, Jair Bolsonaro bercadang untuk membatalkan hasrat negara itu memindahkan kedutaan Israel dari Tel Aviv ke Baitulmakdis.
Minggu lepas, Encik Bolsonaro mengulangi ikrarnya untuk mengikuti jejak Presiden Amerika Syarikat Donald Trump memindahkan kedutaannya. Namun pada Selasa (8 Nov) Presiden Brazil itu mengatakan perkara itu belum diputuskan lagi.
Beliau berkata demikian semasa lawatannya sulungnya ke Brasilia sejak memenangi pilihan raya presiden pada 28 Oktober lepas, dengan mengalahkan calon dari sayap kiri Fernando Haddad.
"Ia satu tindakan tidak matang bagi sebuah negara mengambil tindakan terhadap sesuatu perkara yang belum diputuskan," kata Encik Bolsonaro.
Pengumuman Encik Bolsonaro mengenai langkah memindahkan kedutaan itu, sebelum ini membangkitkan kemarahan di dunia Arab, ia disifatkan boleh mewujudkan risiko kepada Brazil, kerana ia merupakan pengeksport utama daging halal kepada negara Arab.
Pada Disember lepas Encik Trump mengumumkan untuk memindahkan kedutaan negara itu dari Tel Aviv ke Baitulmakdis dan menerima kecaman masyarakat antarabangsa.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.