Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

PPBM umum 7 calon kerusi parlimen di Kelantan

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini (19 Apr)mengumumkan tujuh calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Anggaran Waktu Membaca:
PPBM umum 7 calon kerusi parlimen di Kelantan

Gambar: Parti Pribumi BERSATU Malaysia/Facebook

Diterbitkan : 19 Apr 2018 11:18PM Dikemas Kini : 19 Apr 2018 11:23PM

KOTA BHARU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) hari ini (19 Apr)mengumumkan tujuh calon yang akan bertanding di kerusi Parlimen di Kelantan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), 9 Mei ini.

Tujuh kawasan yang akan ditandingi PPBM ialah Pasir Puteh, Tumpat, Bachok, Ketereh, Machang, Jeli dan Gua Musang.

Pengerusi Badan Perhubungan PPBM Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Nor, mengumumkan senarai itu dalam satu sidang media

Menurutnya, beliau akan bertanding di kerusi Pasir Puteh.

Timbalan pengerusinya, Datuk Sazmi Miah pula akan bertanding di Machang, Datuk Nordin Salleh (Tumpat), Mohd Zulkifli Zakaria (Bachok), Mohd Radzi Mohd Jidin (Ketereh), Azran Deraman (Jeli) dan Mohd Nor Hussin (Gua Musang).

"Kesemua calon ini adalah layak untuk bertanding dan bebas daripada hutang serta rasuah selepas saringan dibuat," kata Datuk Kamaruddin, yang juga bekas Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh.

Mengenai calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pula, beliau berkata ia akan diumumkan dalam masa terdekat bersama-sama dengan calon lain daripada Pakatan Harapan.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan