Images
  • POPE FRANCIS
    Gambar fail Pope Francis di Vatican pada 6 Oktober 2018. (Gambar: Alessandro Bianchi/Reuters)

Pope beri ulasan keras tentang pengguguran kandungan, sifatkannya seperti mengupah 'pembunuh upahan'

VATICAN CITY: Pope Francis hari ini (10 Okt) menyifatkan perbuatan menggugurkan kandungan sebagai mengupah "pembunuh upahan".

Semasa memberi ucapan kepada para penganut Katolik di Vatican, Pope Francis berkata: "Menggangu kandungan itu adalah seperti membunuh seseorang".

"Perbuatan menghapuskan seorang manusia adalah sama seperti mengupah seorang pembunuh upahan untuk menghuraikan satu masalah," tambah beliau.

"Adakah anda harus mengupah seseorang pembunuh upah semata-mata untuk menghuraikan satu masalah?"

Pope Francis mengeluarkan komen-komen itu, yang menyimpang daripada teks yang sudah disediakan, semasa ucapan mingguannya di Saint Peter's Square.

Dalam ucapannya, beliau merungut mengenai "nilai kehidupan manusia yang diperkecilkan".

Pope Francis merujuk kepada perang, eksploitasi dan apa yang disifatkannya sebagai budaya pembaziran dan pengguguran kandungan.

"Bagaimanakah tindakan yang menjejas kehidupan seseorang yang tidak berdosa boleh dianggap sebagai sesuatu yang terapeutik, sivil atau berperikemanusiaan?" tanya beliau.

Tahun ini, Pope Francis membantah satu rang undang-undang yang membenarkan pengguguran kandungan di Argentina.

Pada bulan Ogos, sebuah kumpulan menyatakan bahawa beribu-ribu penganut Katolik di Argentina membatalkan keanggotaan gereja mereka sebagai menolak bantahan Pope Francis berhubung rang undang-undang berkenaan.  

- AFP/AI/ai

Top