Images
  • UK
    (Gambar: AFP/Justin Tallis)

Polis UK berkas lelaki atas surat-surat 'Hari Dera Muslim'

LONDON: Polis Britain anti-pengganas menahan seorang lelaki yang disyaki menghantar surat-surat yang bertajuk "Hari Dera Muslim" yang menyeru orang ramai di seluruh negara supaya melakukan perbuatan-perbuatan ganas.

Lelaki berusia 35 tahun dari Lincoln di timur laut England diberkas pada Selasa (12 Jun) kerana disyaki menghantar surat-surat mengancam dan menghantar bahan berbahaya palsu. Dia dibawa ke balai polis untuk disoal siasat.

Surat-surat itu, yang menetapkan 3 April sebagai "Hari Dera Muslim" dan menyarankan perbuatan-perbuatan ganas mengikut sistem ganjaran. Surat-surat tersebut dimasukkan ke dalam peti surat penduduk pada bulan Mac.

Selain mereka, empat anggota parlimen dengan latar belakang Asia Selatan turut menerima surat-surat tersebut.

Laporan media mengenai surat-surat itu mencetuskan kemarahan yang meluas, dengan puluhan ribu orang menggunakan media sosial untuk menunjukkan sokongan kepada kaum Muslim dengan hashtags seperti #LoveAMuslimDay dan #WeStandTogether.

Tarikh tersebut, 3 April berlalu tanpa sebarang lonjakan jenayah anti-Muslim.

Jenayah kebencian di Britain melonjak pada tahun 2016/17, menurut angka rasmi. 

- CNA/NA/na

Top